Saturday, 18 April 2015

KL Adventure with Amalia - Part 1

Sejak aku dah berhenti kerja, memang banyak sangat masa lapang. Maklumlah, dah jadi penanam anggur (baca: penganggur) kembali. Aku pun rancanglah satu hari untuk keluar. Jalan-jalan tengok KL! Mesti rasa macam ‘hey kau bukan duduk Selangor ke 30km je dari KL pehal nak pi sana?’ atau ‘hek eleh KL je woi nak kecoh ke hari hari aku pun lalu’. Ok tak kisahlah tapi aku memang dah lama menyimpan hasrat di hati nak pusing-pusing KL. Aku pun ajaklah Amalia. Dia setuju tanpa banyak soal kahkahkah. Ikutkan aja rancangan aku ni kan. Tapi syaratnya, aku yang kena rancang semua benda. Memandangkan aku mahupun Amalia tiada lagi lessen kereta, maka kami pun pergi ke KL menaiki pengangkutan awam. Public transport la oi, baru campur dengan orang kebanyakan. Tengok pelbagai ragam manusia dalam tren ceh ceh dan haruslah bersabar kerana kadang-kadang terpaksa berhimpit. Nasib ada koc wanita ye dak?

Aku tak pernah pergi KL Sentral. Ini serius! Jadi teringin sangat nak jejakkan kaki ke sana. Tetapi aku juga nak sangat pergi stesen keretapi lama KL. Kitorang gerak dari KTM Serdang awal pagi lagi, around 9 pagi dah sampai sana. Dari sana boleh berhenti kat stesen KL Sentral atau stesen Kuala Lumpur. Hm terpaksa batalkan hasrat tengok stesen bersejarah tu, so decided to stop at KL Sentral. Nak sarapan senang. Nak gerak Dataran Merdeka pun senang.

Sarapan dulu! @ NU Sentral (Serius tak tahu ada mall baru bukak lol)
KL SENTRAL
Interior
Ala airport gituw
Lepas dah makan terus cari mana tempat nak tunggu GoKL City. Senang je, tanya abang information counter. Mesti tak sesat! Kitorang pun tunggu la kat luar. Sambil tu ambil gambar la apa lagi,

KL Hop On & Hop Off bus
Naik GoKL City bus (red route) untuk ke Dataran Merdeka. Takde pulak pelancong naik bas tu. Dalam tu rata-rata pekerja asing & orang tempatan. Hm nak dijadikan cerita, kitorang duduk lah dalam bas tu, sekali kat belakang kitorang ada pakcik tua terlebih peramah dok bebel-bebel pasal politik la, mende la. Pastu dok tanya kitorang ini itu. Then assume kitorang nak keluar dating bagai. Agak tidak best pengalaman kitorang dalam bas itu. Maka, tiada lah gambar kenangan dalam bas itu. Patut turun kat Dataran Merdeka tapi terlepas sampai hentian seterusnya, Bangunan DBKL. Terpaksa jalan kaki patah balik, lintas jalan raya lagi. Takpe, kata adventure kan hahaha. Dah nama pun pelancong

Atas: Bergambar di lapangan depan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Bawah: Indahnya 
 Setelah berjalan kaki lebih kurang 3 minit tak dari Bangunan DBKL, maka Dataran Merdeka berada di sebelah kanan kami! That awesome feeling when you finally get to take a picture there! Bukannya aku tak pernah pergi sini, kecik-kecik pernahlah. Tapi dah besar ni baru rasa pengalaman baru nak simpan dalam memori ni ha. Cantik sungguh. Time ni around pukul 10 lebih, bas persiaran tak banyak lagi. Lepas dah beberapa puluh minit kitorang duk bergambar, selfie bagai, baru pelacong datang berbas-bas.
DATARAN MERDEKA
Amalia & Fatihah @ Dataran Merdeka
Royal Selangor Club

Jalur Gemilang yang tak pudar warnanya (eh?)

Bangunan Sultan Abdul Samad, berhadapan dengan Dataran Merdeka
Bersambung.....

No comments

© Wonderful
Maira Gall