Saturday, 14 November 2015

Derak Kelate Hari Kedua

Rise and shine. It was our second day in Kelantan. Sleeping in Haleeda's room was so cosy I felt like I don't want to wake up. How cold her room was though the air-cond was already switched off.

Kami pun mandi dah bersiap naik kereta, mak Leeda drive ke Kedai Teh O Beng 50sen. Tahu tak teh o beng tu apa? Teh o beng tu teh o ais kata Haleeda. Mana lah aku tahu walaupun ada kedai Teh O Beng 70sen kat Taman Equine area rumah aku tu XD


Breakfast Kelantan style! Manis dan kenyang. Pagi pagi je dah jumpa nasi. Bukan nasi lemak ye.

A very famous shop for breakfast. Pernah masuk TV rancangan Nasi Lemak Kopi O.

Mari menuju ke Pasar Rantau Panjang. Nak berbelanja. Weeheeeee tak jauh pun dari rumah Haleeda. Jammed jugak sebab ada banyak kereta nak masuk Thailand.
Can you read Jawi? Kalau boleh, syabas diucapkan!
Sg Golok di depan mata. Sangat dekat ye kawan-kawan. Seberang je dah Thailand. Tapi, tak nak ambil risiko kena tembak dengan encik askar. Kami hanya pelajar asasi yang excited tengok negara lain yang hanya sekangkang kera lulz. Ada askar jaga, takut ada orang duk berenang ka, naik bot ka masuk Thailand secara haram. Em tapi jeti depan tu memang takde orang pun, aka the boat driver was absent so why would the soldier suspecting us to go to the other side? Hehe, takpelah encik askar menyoal sebab nak jaga keselamatan huhu good good.



Gigih nak ke jeti ni hahaha konon hampir sampai 1/4 Thailand dah.
A landmark of Rantau Panjang. Nasib pagi lagi, bolehlah nak bergaya sakan di depan ni. Takdelah malu sangat nak bergambar. Peace.



Sangat banyak kedai. Had to control my feelngs seeing all those baju sobs.
Banyak benar kedai di Rantau Panjang ni. Bangunan baru dibina untuk tempatkan kedai. Bolehlah shopping dengan selesa. Tak panas macam dulu-dulu, jelas cik tour guide kita. Bawa duit banyak datang sini ye. Tips mak haleeda: Pusing dulu, tengok tengok dulu tak payah beli, nanti dah habis pusing baru buat keputusan nak beli apa.
All those tudung keknis i kenot.

Perasan tak baju aku lain? We went back after tengok sungai and came back after resting a bit.

Tempat basuh tangan di tengah-tengah pasar. Eh mengapa dia letak cantik2 ni? Nak cuci apa ni jo. Sis ambil gambar je mampu.


Matahari dah naik. Terik. Makcik dah kepanasan ni.
Memandangkan dah pukul 1 lebih, dah naik matahari, dah panas segala, kita pergi makan dulu. Yassssssss makannnnnnnnnnnnn. Aku dgn Eva order air kelapa (terliuq naaa, mengidam nak minum pulak skrg ni). Leeda order air selasih.


Tambah sos cicah buatan Thai, memang umphhh
Balik rumah dulu. Solat zohor dan rehat-rehat. Petang tu, keluar lagi. Hehehe memang jalan je kerja. Dah kata bercuti, takkan nak duduk terperap je ye dak?

One big cup. Macam ABC tapi dia aiskrim. Isi dalam semua mcm ABC.

Makan aiskrim di Masjid Beijing
Seni bina masjid yang unik, gaya negara China.
Nama sebenar masjid: Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra
Info dari Wikipedia: Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (atau sinonim dengan nama Masjid Beijing) merupakan sebuah masjid yang terletak di pekan Rantau Panjang, di dalam jajahan Pasir Mas, Kelantan. Senibina masjid ini amat unik kerana menggabungkan senibina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di Beijing, China.



Acah photoshoot 1

Acah photoshoot 2

Acah photoshoot 3 tak jadi ft Arisya (anak buah Haleeda)

We had fun here. Bonding to the max.
Lama jugak kat sini. Sejam lebih. Literally spending our evening here til sunset.

Malam lepas Isyak, jalan ke Wakaf Che Yeh. Cik Yu (Haleeda's aunt) and Mek (Haleeda's grandmother) followed us too. Dah macam girls day out. Perempuan sahaja. Wakaf Che Yeh ni tempat shopping terkenal di Kota Bharu. Besar juga tapak dia. Wakaf Che Yeh ni lebih kurang macam downtown/uptown. Em em murah tu murah tapi ofkos Rantau Panjang lagi murah. Anyways, depan Wakaf Che Yeh memang tumpuan pelancong. Depan je dah Holiday Villa Resort. Sape tinggal kat hotel tu memang shopping sana je lah tiap malam.




Reminds me of Jalan TAR. Full of tudung murah!
Balik rumah dah pukul 11 lebih. Ingat nak call my mom but I knew mesti dia dah tidur. Aku pun dah kepenatan sangat. Apa lagi tidur je lah. Seharian berjalan jo.

No comments

© Wonderful
Maira Gall