Sunday, 15 November 2015

Derak Kelate Hari Ketiga

Hari ketiga di Kelantan. Sungguh cepat masa berlalu ye kawan-kawan. Hari ketiga ni kitorang travel jauh jugak. Memandangkan hari ketiga merupakan hari Jumaat, Kelantan cuti, so ayah Haleeda bawak jalan jauh sikit. Pergi Pengkalan Kubor, d Tumpat iaitu sebuah kawasan bebas cukai kira-kira 45 minit perjalanan dari Rantau Panjang.

Depan rumah Haleeda ada pangkin ni, seronok duduk duduk
Dalam perjalanan ada Thailand punya wat. Tapi tak turun kereta sebab ada anjing berkeliaran.
Ambik gambar dari dalam je lah. Besar sungguh.


Tak seperti di Rantau Panjang, di Pengkalan Kubor ada jual coklat. Dah teringat Langkawi pulak. Serius banyak coklat.


On the way back, we went to Pantai Batu Tujuh Singgah tengok pantai je. Kuat betul angin. Ombak agak besar juga. Tak banyak orang mandi. Kat lagun je ada orang. Aduh rindu pantai dah serius nak pergi pantai lagi boleh tak?


Balik rumah dulu, sebab solat jumaat kan. Lepas solat Jumaat, gerak pergi Pantai Irama, di Bachok. Perjalanan lebih kurang sejam lebih dari Rantau Panjang. Dua kereta ke sana. Makcik Haleeda pun ikut sekali, adik adik dia yang pemalu pun ikut sekali :p Sampai je Pantai Irama, penuh kereta. Ramai betul mai pantai. Sejuk, angin kuat, dah boleh acah dekat Jeju Island je huhuhu konon (berangan seh). Tapi ada kemalangan berlaku, seorang kanak-kanak lemas di laut, jadi banyak anggota keselamatan buat operasi mencari. 

First time tengok kerja-kerja cemni.
Makan malam di sini. YUMMMM serius sedap dan pedas dan aghhhhh sedap gila
Malam tu tengok final Maharaja Lawak ke apetah huhuhu sambil makan somtam. Somtam ni makanan Siam. Kerabu betik nama Melayu dia.
Keesokan harinya, mengemas dan pergi ke Pasar Rantau Panjang untuk kali terakhir. Shopping apa apa lagi yang tertinggal. Pastu balik rumah, kemas apa semua. Tengah hari, singgah rumah Dayah kat Pasir Mas. Saja mengeratkan silaturahim sebab dia tak dapat nak ikut kitorang derak Kelate mwehehe.



Malam tu, terbang ke klia2 jam 1230 tengah malam. Flight delay sejam :( Sabar je lah. Datang Kelantan lugage ringan je tapi balik, berat gila hahaha nasib baik ada pramugara tolong angkat luggage aku ke tempat letak beg atas kabin tu. Aduhai, aku macam rasa bersalah pulak sebab beg aku berat umm tapi tak lebih 7kg ye AirAsia jangan risau ;-)

Thank you for the hospitality Haleeda and family. Sincerely, me and Eva xoxo

No comments

© Wonderful
Maira Gall