Friday, 13 November 2015

Derak Kelate Hari Pertama


Sebenarnya plan dah lama, sebulan lebih sebelum cuti sem dah pakat berangan nak pergi Kelantan. Ikut classmate yg duduk Kelantan ni, namanya Haleeda. Sebab apa nak pergi Kelantan? Sebab aku dah lama tak pergi sana. Pergi dulu pun sebab hantar rombongan kahwin hihi jadi takdelah sempat nak jalan sangat. Aku dgn Haleeda pun mulakan pencarian. Bukan cari tiket bas, tapi tiket kapal terbang. Halamak ai, student lagi kepoh nak balik kampung naik aeroplane ka? Bukan apa, pengalaman pahit Haleeda balik UKM dari Kelantan masa cuti raya Aidiladha tu, 18 jam di dalam bas beb. Emm okay tu saja pembuka bicara, sebenarnya memang ingat nak naik kapal terbang sebab AirAsia buat promotion. Terima kasih AirAsia *baling konfeti* Alhamdulilah jumpa tiket murah, pergi balik kurang dari RM100. Mak ayah pun dah bagi izin, apa lagi, kami pun beli je lah tiket. No worries, kalau dah 18 tahun, bolehlah beli tiket dan bayar sendiri, samada guna kad debit atau online banking. Beberapa minggu lepas itu, Eva pun semangat nak ikut sekali sebab parents dia dah bagi green light. Nasib tiket murah ada lagi.

28 Oktober 2015
Pagi sebelum gerak tu dah siapkan semua benda. Haleeda dah ready dengan phone, buka app MyTaxi untuk book teksi 7 tempat duduk. Nama khasnya, exclusive taxi. Disebabkan kami 5 orang dan nak letak barang lagi, jadi ambik je la teksi besar. Call driver untuk confirmkan, then settle. Pakcik Nazrin datang jam 9 ke kolej kediaman kami, Kolej Keris Mas jam 9 pagi.

Perjalanan lebih kurang 45 minit ke klia2. Biasalah anak anak pelajar, mata meliar tengok meter naik huhuhu tapi ok je lah RM110 je bayar. Bahagi lima orang, kira ok kan? Mula-mula ingat nak naik KLIA Ekspres tapi dari UKM nak kena naik KTM dulu. Leceh nak bawa beg ke sana sini, lebih baik naik teksi. Cepat dan mudah.

Dari kiri: Maryam (nak balik Penang), Eva, Dayah, Haleeda
P/s Dayah ni schoolmate Haleeda tapi dia tak ikut kitorang jenjalan Kelate. Dia nak balik rumah hewhewhew biasa lah siapa tak rindu rumah

Memandangkan kami dah check in seminggu awal (guna web check in AirAsia), kami pun tak tahu nak buat apa dah. Awal sangat sampai walhal penerbangan pukul 1 tengah hari. Memula duduk dekat area surau, atas tempat pelepasan antarabangsa tu. Lepastu aku nak ambik gambar, so turun bawah balik. Nak acah pelancong masukkan gambar kat Instagram. Pastu tengok kedai Vincci, hm takde sale kuikuikui keluarlah balik. Oh yeah, Garrett popcorn juga baru buat perasmian masa kitorang lalu tu. Patutlah banyak photographer dgn DSLR besar mereka. Tapi sayang, taknak bagi kami free popcorn ke uhukz. Pergi KFC, alas perut sebelum terbang.




Tunggu di luar pintu pelepasan domestik. Around 12.50pm, the board displayed that we could go in. but for Maryam, the board didn't display anything. Maryam taknak masuk awal sebab dia kata nanti kat dalam pun kena tunggu juga. So pukul 1 baru kitorang masuk dalam. Flight kitorang 1340 but I think Maryam lagi awal. Sebab masa lepas security check tu dah dengar panggilan untuk penerbangan ke Penang. Aku suruh Maryam lari je "Yam lariii yammm". Nasib baik dia bawa beg sandang je. Pulak tu dia gate K18, agak hujung jugak la. Kitorang ke Kelantan dapat gate K6. Haleeda dgn Dayah dah lari lari, aku pun macam aik pehal minah ni lari? Pastu aku dgn Eva pun kejar lah juga. Sampai je waiting room, dah boarding time. Aku dah risau Maryam kut kut dia tak lepas naik flight ke kang sadis je. We board the plane safely and arrived at Pengkalan Chepa airport 1 hour later.

Duduk sebelah Eva. Haleeda dgn Dayah duduk di sebelah sana huhu kami dipisahkan oleh seorang pakcik.

Tak pernah naik aeroplane dalam negara so macam terkejut juga sebab lapangan terbang domestik takdelah besar mana. Ada berapa je tempat parking aeroplane. Nevertheless, best juga nak lawat negeri orang ni!

Solat di surau sebelah airport. Lawa kan?

Parents Haleeda bawa makan tengah hari di sebuah restoran yg emm makanannya sedap!

Di sepanjang perjalanan nak ke Pasir Mas (nak hantar Dayah balik rumahnya), nampak la negeri Kelantan yang banyak guna tulisan jawi. Area Kota Bharu terutamanya. Mesti letak tulisan jawi dekat papan tanda kedai, papan jalan dan sebagainya. Lupa nak ambil gambar pulak T_T

Lepas hantar Dayah ke rumahnya, teruskan perjalanan ke Rantau Panjang. Yep, rumah Haleeda di sana. Sampai je rumah Leeda, dah pukul 5 petang camtu. Penat sungguh. Hanya mampu baring dan tengok balik gambar dalam kamera.

Malam tu, makcik Haleeda yang muda muda belaka, Cik Yu (25 thn) dan Cik Su (19 thn) bawak kami makan chim chum di Rantau Panjang. Aku tak pernah makan jadinya, mari isi pinggan!


Isi jangan tak isi


Sedappppppp
Hashtag trip Kelate kami di Instagram #ElfXKelate
Kamus: derak bermaksud jalan. Tajuk post bermaksud Berjalan/bercuti di kelantan hehehe


No comments

© Wonderful
Maira Gall